v!oLet

v!oLet

Tuesday, April 5, 2011

anugerah cinta...^__^

Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada
seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai
seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan
seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak
sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa.
Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan
mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis
dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil
berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang
yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa
membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup
itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi,
berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-
apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka
akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta
itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia
tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda
dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda
menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin
mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan.
Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak
sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun
sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih
mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri
mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk
membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat
kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat
membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang
gelap menjadi cerah.

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda
tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan
seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda
ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda
hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa
diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat
anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang
tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu
menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala
hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan
bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang
mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir
dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu
yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam
kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum.
Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda
satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.

No comments:

Post a Comment