v!oLet

v!oLet

Saturday, July 30, 2011

message untuk daya...

aku tk sgka y dee akan tggl kan mesej tok aq....
hah???? MESEJ???




"My love,


I know you’re angry and you don’t want to talk to me, I hope you’ll read this anyhow. I’m truly sorry for what I did. I didn’t mean to hurt you.I love you and I value your opinions, ideas and thoughts. I cannot imagine my life without you in it. If I were in your shoes, I’d be hurt too. 


Remember how happy we were when we went to the coast? It was so much fun strolling along the boardwalk, hand in hand. It seemed so natural to be in each other’s company that I could see that our future was a straight path to happiness. 


I realize I can’t fix the damage between us with just one letter; however I will do whatever it takes to regain your trust. Will you please forgive me and give me another chance?  "

"I am so very sorry for how I spoke to you the other day. What I said was insensitive and hurtful. I was angry but still I have no right to take it out on you. You don’t deserve that kind of behavior from me and I know better than to act that way.

You have every right to be hurt and upset with me, I would be if I were your place. I promise I am working on controlling my outbursts when I get angry. We’ve been friends for so long, I can’t imagine going through life without you to share its ups and downs.

I know you probably don’t trust me right now, but I will work very hard to regain that trust. Even though it may take a while before you do. I miss spending time with you and all the conversations we had.Will find it in your heart to please forgive me?
Your Friend,
Me   "




Thursday, July 28, 2011

MENUDUH ORANG DENGAN SUMPAH LAKNAT

1. Menuduh orang lain dengan suatu tuduhan perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat. Kerana ia boleh memberikan implikasi yang besar kepada yang dituduh. Bahkan keluarga dan maruah yang dituduh akan tercalar. Sebab itulah Islam membezakan di antara hukum menuduh seseorang melakukan zina dikenakan had qazaf, dengan hukum menuduh seseorang telah kufur tanpa dikenakan sebarang hukuman had.

2. Sumpah dalam bahasa Arab disebut al-yamin, al-halaf atau al-qasamyang bermaksud komitmen. Ia juga membawa arti komitmen terhadap sesuatu hukum dengan menyebut nama Allah yang Maha Agung. Ia tidak disyaratkan untuk memegang al-Quran ketika melakukan sumpah. Tetapi ia mestilah dengan menyebut nama Allah sama ada wallahi, wabillahi atauwatallahi. Tidak boleh menggunakan selain nama Allah atau sifat-sifatNya. Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah al-Maidah ayat 106:


Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah kamu tahan mereka selepas selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (demi Allah).

3. Terdapat hadith yang menunjukkan bahawa nabi SAW bersumpah dengan sifat-sifat Allah seperti ‘Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya’. Namun nabi SAW melarang seseorang bersumpah dengan selain daripada Allah SWT. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:

Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT melarang kamu daripada bersumpah dengan ayah-ayah kamu, barangsiapa yang ingin bersumpah maka
hendaklah bersumpah dengan Allah, atau hendaklah diam. (Riwayat Muslim)

4. Terdapat pelbagai hukum tentang bersumpah ini. Para ulama’ mazhab Hanafi dan Maliki menyatakan bahawa hukumnya harus, tetapi jika terlalu banyak bersumpah maka ia dicela. Manakala ulama’ mazhab Shafie pula menyebut bahawa asal hukum bersumpah adalah makruh kecuali dalam perkara ketaatan, pendakwaan di hadapan hakim dan keperluan agama. Selain itu, nabi SAW menjelaskan kepada kita terdapat juga sumpahghamus, diriwayatkan daripada Abddullah bin ‘Amru RA bahawa nabi SAW bersabda:

Dosa besar itu ialah syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh orang dan sumpah ghamus. (Riwayat al-Bukhari)

Ia disebut sebagai ghamus maknanya tenggelam kerana dengannya seseorang akan tenggelam di dalam neraka. Imam al-Kasani (587H) menyatakan:

Adapun hukum bersumpah dengan Allah SWT berbeza-beza mengikut jenis sumpahnya. Sumpah ghamus hukumnya wajib kaffarah dengan bertaubat dan istighfar kerana ia sangat berani. (al-Kasani, Bada’i al-Sana’i)

5. Laknat pula berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyebut perkataan laknat, dan kesimpulannya hanya Allah Azza wa Jalla yang berhak untuk melaknat seseorang atau kaum yang melakukan kezaliman, pendustaan, kekufuran dan kerosakan. Antaranya firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 44:

Dan (apabila ahli-ahli syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami kepada kami, semuanya benar. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh tuhan kamu itu semuanya benar?. Mereka menjawab: Benar ada. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua kumpulan itu) menyatakan: Bahawa laknat Allah menimpa ke atas orang-orang yang zalim.

6. Telah berlaku di Malaysia pada minggu lepas, individu bersumpah laknat sambil memegang al-Qur’an di dalam sebuah masjid, dengan tujuan menuduh seseorang yang lain. Persoalannya ialah adakah wujud sumpah laknat dalam Islam? Dan bolehkah menuduh orang lain dengan bersumpah?. Bagi persoalan ini, asasnya adalah sebagaimana yang dinyatakan di atas. Kemudian kita perlu memahami pula bahawa sumpah yang diiringi dengan laknat hanya berlaku dalam dua keadaan sahaja, iaitu sama ada li’an di antara suami isteri atau yang kedua ialah mubahalah. Yang lebih penting untuk diperhatikan ialah kedua-keduanya perlu dilakukan di antara dua belah pihak yang perlu hadir bukannya seorang sahaja.

7. Li’an berlaku jika seorang suami ingin menuduh isterinya melakukan zina. Asal dalam tuduhan zina ialah penuduh mesti mendatangkan empat orang saksi dengan syarat-syarat tertentu. Ini salah satu kaedah mensabitkan kesalahan zina selain daripada iqrar (pengakuan) dan qarinahli’an, iaitu sumpah sebanyak empat kali dan yang kelima adalah sumpah dengan laknat. Tiada suami yang sengaja menuduh isterinya melakukan zina secara bermain-main melainkan ia serius, kerana kesannya adalah perpisahan. Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah al- (bukti iringan). Oleh kerana mendatangkan empat orang saksi bagi seorang suami adalah sukar maka Islam memberi kelonggaran (rujuk asbab al-nuzul) dengan menggantikannya dengan hukum Nur ayat 6-9:

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah empat kali: bahawa sesungguhnya dia daripada orang-orang yang benar. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang-orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa daripada isteri (yang dituduh) itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah empat kali: bahawa sesungguhnya suaminya (yang menuduh) itu adalah daripada orang-orang yang berdusta. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika suaminya daripada orang-orang yang benar.

8. Manakala Mubahalah, ia pernah berlaku pada zaman nabi SAW. Baginda SAW mengajak penganut nasrani daripada Najran supaya melakukan mubahalah, ia berkaitan dengan nabi Isa. Pada awalnya kaum nasrani Najran bersetuju, tetapi akhirnya menarik diri dan bersetuju membayar jizyah. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 61:

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya (nabi Isa), sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah, supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.

9. Imam al-Qurtubi (671H) ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan:

Dan demikian itu, nabi SAW datang bersama-sama Hasan, Husin dan Fatimah berjalan di belakangnya, dan Ali di belakang Fatimah, baginda berkata: Jika aku berdoa maka hendaklah kamu beriman. Ia adalah makna bagi ayat ‘dan marilah kita bermubahalah’ iaitu bersungguh-sungguh berdoa. Daripada Ibn ‘Abbas, Abu Ubaidah dan al-Kasa’ie: marilah kita melaknat. Dan asal bagi ibtihal (mubahalah) ialah bersungguh-sungguh dalam berdoa dengan laknat atau selainnya. (al-Qurtubi, Jami’ li Ahkam al-Qur’an)

10. Adapun menuduh orang lain melakukan zina maka hendaklah denganbaiyinah (bukti). Baiyinah ini berbeza-beza mengikut konteks, jika dalam hal luqatah (barang yang tercicir) seseorang yang mendakwa ia kepunyaannya, maka baiyinah dengan menyebut sifat-sifat barang tersebut, manakala dalam konteks ini maka empat orang saksi menjadi baiyinah. Adapun bagi yang dituduh, jika ingin menolok tuduhan maka hendaklah bersumpah. Inilah kaedah yang diajar oleh nabi SAW, diriwayatkan bahawa nabi bersabda:

Baiyinah (bukti) bagi yang menuduh dan yamin (sumpah) bagi yang ingkar (dituduh).

11. Terdapat riwayat yang menyatakan bahawa nabi pernah meminta kepada seorang yang menuduh untuk melakukan sumpah bukannya denganbaiyinah sebagaimana kaedah umum di atas. Seorang sahabat nabi SAW telah dibunuh oleh seorang Yahudi, maka saudara mangsa membuat tuduhan tetapi tiada sebarang bukti, maka nabi SAW memintanya bersumpah. Dalam hal ini ia berkaitan dengan tindakan nabi SAW sebagai seorang qadhi atau hakim. Oleh itu kalaupun diterima bahawa seorang penuduh atau pendakwa boleh bersumpah maka ia mestilah dengan arahan qadhi atau hakim di dalam mahkamah, kerana konteksnya berbeza. Ini berdasarkan kepada kaedah pembahagian tindakan nabi SAW kepada tiga, iaitu sama ada sebagai ketua negara, hakim atau rasul.

Oleh itu, perlu diperhalusi sesuatu konteks sebelum kita membuat kesimpulan umum bagi sesuatu perkara. Inilah yang dinyatakan oleh Abu al-Khatab berkaitan dengan sumpah, katanya:

Bersumpah itu disyariatkan pada semua hak melainkan sembilan perkara; iaitu nikah, rujuk, talak, hamba, al-wala’, al-istilad, keturunan, qazaf dan qisas.

12. Jelas bahawa Islam adalah agama yang menjaga maruah manusia dan sangat tegas mempertahankannya. Oleh sebab itu, jika penuduh gagal mendatangkan empat orang saksi maka secara automatik ia telah menjadiqazaf (melempar tuduhan). Walaupun yang dituduh adalah lelaki tetapi ia diqiaskan kepada wanita sebagaimana dalam ayat, maka hukumnya sama. Pada waktu ini penuduh yang bakal dikenakan hukuman sebat, bukannya yang dituduh. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 4:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

13. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Hilal bin Umaiyah menuduh (qazaf) ke atas Syarik bin al-Sahmaa’ lalu dibawa berjumpa nabi SAW, baginda bersabda:

Empat orang saksi, jika tidak belakangmu akan disebat. (Riwayat al-Nasa’ie)

Dalam hal ini Ibn Qudamah al-Hanbali (620H) menegaskan:

Jika tidak cukup bilangan saksi bagi tuduhan zina, maka ke atas mereka (pendakwa) hukuman sebat menurut pendapat kebanyakan para ilmuan. (Ibn Qudamah, al-Mughni)

Kesimpulannya

1. Menuduh orang lain hendaklah dengan bukti bukannya dengan cara bersumpah, jauh sekali dengan sumpah laknat.
2. Hendaklah mengikut tatacara dan prosedur sumpah yang disyariatkan.
3. Hukuman had qazaf adalah sangat berat.

Tuesday, July 26, 2011

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri seorang daie ....

10 muwasafat tarbiyah...


1. Aqidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4. Luas pengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

5. Sihat tubuh badan (Qawiyyal Jism)Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.Pesanan al-Banna:Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

6. Mampu berdikari (Qadiran ala Kasbi)Walaupun kaya, perlu bekerja.Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).Menjauhi riba dalam semua lapangan.Menyimpan untuk waktu kesempitan.Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Sangat menjaga masa (Haarithun ala Waqtihi)Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka...Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun urusannya (Munazzamun fi syu’unihi)Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Bermanfaat pada orang lain (Nafi’un li ghairihi)Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

SPM !!!





ALAMAK !!! SPM nk dekat....kne byk buat revision ni.....!!!





mati aq lw gagal !!!!

mak and abah bagi harapan giler2 kt aq !!!!!!!!

LAWAK : malas pergi sekolah....

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim adalah PENGETUA SEKOLAH!!!

Tuesday, July 19, 2011

MEMANG KHILAFKU !!!!!

memang khilafku menyayangi mu..
memang khilafku mencintaimu..
Tapi ku tahu semua itu takkan kembali lagi..
bukan ku pinta segunung janji..
tidak ku harap sinaran ini..
cuma ku ingin setulus kasih kesetiaan kekal selamanya..

oh..oh..rusydee senyum mu enggan pergi..
tawa mu mengiringi wajahmu ku terbayang..
hadirmu dalam mimpi umpama realitipotretmu ku tatapi..
mengharap kau kembali..

memang ku rindu saat bersamamu..
memang tak mampu melupakanmu..
tapi ku tahu semua itu..
takkan kembali lagi..

selamat tinggal pada kenangan..
selamat tinggal pada igauan..
terima kasih aku ucapkan..
untuk percintaan ini..

oh..oh..rusydee senyum mu enggan pergi..
tawa mu mengiringi wajahmu ku terbayang..
hadirmu dalam mimpi umpama realiti..
Potretmu ku tatapi..
mengharap kau kembali..

memang ku rindu saat bersamamu..
memang tak mampu melupakanmu..
tapi ku tahu semua itu..
takkan kembali lagi..

selamat tinggal pada kenangan..
selamat tinggal pada igauan..
terima kasih aku ucapkan..
untuk percintaan ini...

Tuesday, July 12, 2011

something....

assalamualaikum..

sometimes..
kita rasa kita memang kuat semangat..
haikikatnya..
ada masa kita juga tersungkur lemah..

sometimes..
kita rasa kita boleh get closed dengan semua orang
hakikatnya..
bukan semua orang mampu menerima kita..

sometimes..
kita rasa kita selalu susahkan orang lain..
hakikatnya.
kita memang memerlukan orang lain..

sometimes..
kita rasa kita terlalu kuat..
hakikatnya..
kita akan terus juga diuji..

sometimes..
kita rasa sudah cukup menjaga ukhwah..
hakikatnya..
pasti ada juga yang terluka..

sometimes..
kita selalu menyalahkan takdir..
hakikatnya..
setiap yang berlaku pasti ada hikmah

sometimes...
kita rasa kita mahu semua benda..
hakikatnya..
tak semua benda kita boleh miliki..

sometimes..
kita rasa kita sudah cukup ceria..
hakikatnya..
masih ada orang yang cakap kita garang..

sometimes..
kita sedaya upaya sembunyikan rahsia hati..
hakikatnya..
rahsia kadangkala terluah di raut wajah..

sometimes..
kita rasa kita keseorangan..
hakikatnya..
Allah sentiasa bersama-sama dengan kita..

sometimes..
kita rasa kita sunyi..
hakikatnya..
Allah sebaik-baik tempat mengadu..

sometimes..
kita rasa kesempitan wang.
hakikatnya..
Allah sebaik-baik pemberi rezeki..

sometimes..
kita rasa sangat berserabut..
hakikatnya..
dengan mengingati Allah..hati akan tenang.

sometimes..
kita rasa kita susah..
hakikatnya..
Allah adalah sebaik-baik penolong..

sometimes..
kita rasa kita tak selamat..
hakikatnya..
Allah sebaik-baik pemelihara..

sometimes..
apa yang kita rancang selalu tak menjadi..
hakikatnya..
perancangan Allah lebih baik..

what you have to do?

PUT YOUR TRUST IN ALLAH!
PUT YOUR TRUST IN ALLAH!
PUT YOUR TRUST IN ALLAH!

sepi..

bila waktu itu berhenti
seluruh hidupku akan terhenti
namun andai aku mula berhenti
waktu itu tidak menanti
ku mencari suatu erti
erti yang sukar ku fahami
ku mencari diri ini
yang semakin hilang dalam diri
siapa yang menyapa
siapa yang di sapa
kenapa dia ada dalam lena
namun pergi dalam jaga
perit hati menanggung
berat beban di pikul
dia ada dalam tiada
dia hilang dalam terang
sedang aku mencari
dia muncul ketika ku asa
memberi secebis cahaya
dalam indah cerita

Thursday, July 7, 2011

ya allah....

ya allah..
izinkanlah aku mencintai-Mu melebihi segala y ada didunia ini..
izinkanlah aku mencintai org y mencintai-Mu..
izinkanlah aku mencintai segala perkara y dpt menjuruskan aku utk mencintai-Mu....
amiiiinnn...